Friday, January 29, 2010

fikir2kan

pernah dgr tak kes pakai tali pinggang keledar tapi bile terjadi eksiden,,tali yg dikatakan mampu selamatkan kite tu stuck lak..adoiii..kes yg lagi teruk kereta nak meletup time tu..macamana nak wat ek..pisau nak ptong tali tu takde lak..ermmm...wat to do??????

Tuesday, February 24, 2009

Pakailah tali pinggang belakang...plzzz

Pakailah sekiranya anda sayangkan nyawa anda dan orang tersayang...

lagu seatbelt

Undang-undang @ Pendidikan???

Sedikit Pandangan.....

Bila terdengar tentang isu pemakaian tali pinggang keledar. Ianya membawa respon yang pelbagai dari masyarakat. Ada pihak yang bersetuju, dengan alasan ini adalah langkah yang baik untuk mengurangkan risiko kecederaan dan kematian bagi penumpang di kerusi belakang.
Tetapi respon negatif juga disuarakan dari pihak yang menganggap, ini adalah satu undang-undang yang membebankan bagi pemilik kenderaan. Ianya dianggap tidak relaven bagi sesetengah situasi.

Apa-apa pun reaksi umum. Kita harus sedar , ini ialah satu cara hidup. Kita mahu berkereta, maka kita perlu memahami apakah itu menjadi seorang pengguna kereta. Apa yang kita lihat sesuatu yang mudah itu, mungkin adalah satu perkara yang akan menyelamatkan nyawa diri sendiri . Kenapa ada bantahan?? Sedangkan ini gaya yang sepatutnya kita jalani.

TAHUKAH ANDA

Tahukah Anda??

1. Di dalam satu-satu kemalangan jalan raya, kebarangkalian untuk seseorang yang tidak memakai tali pinggang itu terkorban adalah lebih tinggi daripada mereka yang memakai tali pinggang.


2. Ramai yang tidak memandang berat tentang pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang, tapi tahukah anda antara punca utama kematian penumpang hadapan walaupun mereka ini memakai tali pinggang keselamatan adalah disebabkan oleh sikap tidak ambil peduli ini. Tak adil bukan. Penumpang di hadapan telah mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya namun dek kerana kesombongan penumpang belakang, nyawa mereka turut terkorban.


3. Masih tak dapat point di sini? Ok, baca fakta ini. Dalam kemalangan, semasa pelanggaran berlaku, berat badan kita tidak akan sama dengan berat badan asal kerana kita terlibat dengan G force yang agak tinggi. Berat badan kita dianggarkan 40 kali ganda lebih berat berbanding normal. Katakanlah seseorang itu mempunyai berat badan sebanyak 40kg, maka beratnya akan menjadi 1600kg semasa impak. WOW!!!! Jadi, ini dah menerangkan kenapa penumpang di hadapan juga berisiko untuk meninggal. Ini kerana impak dari penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ini amatlah teruk.


4. Satu lagi gambaran tentang ketidakpekaan terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan adalah dengan mengibaratkan diri kita seperti barang yang mudah pecah dan tidak di balut dengan elok/kemas yang kemudiannya di hantar ke satu-satu tempat melalui container…(De Haven, 1952) . Apa yang berlaku pada barang tersebut? Sudah tentu pecah berderai. Itu barang. Kalau manusia, tak tahulah nak bayangkan macam mana. Ngeri bukan. Bak kata Nabil, LU PIKIRLAA SENDIRI!!!

TEORI KEMALANGAN

Rasa-rasanya ramai yang tak tahu apa yang sebenarnya terjadi apabila kemalangan berlaku. Jadi di sini nak ceritakan sedikitlah teori tentang kemalangan. Kita belajar Fizik sat naaa.....

Dalam setiap kemalangan jalan raya, akan berlaku 2 jenis pelanggaran..

1) Yang pertama berlaku apabila sesebuah kenderaan itu bertembung dengan satu objek solid. Dinding ke, kereta lain ke. Apa-apa jek objek solid. Semasa pertembungan berlaku, penumpang kenderaan masih lagi bergerak pada kelajuan asal.

2) Apabila kenderaan berhenti secara tiba-tiba. Ha, masa nilah yang kritikalnya. Jika seseorang itu tidak memakai tali pinggang keselamatan, dia akan terhantuk pada
steering wheel, dashboard, kerusi, cermin atau mana-mana bahagian dalaman kenderaan. Ooopss..lupa plak, dia juga mungkin akan tercampak keluar dari kenderaan. Senang cerita, bila kenderaan tu berhenti, penumpang tidak akan berhenti bergerak...Boleh faham kan. Teori inertia.

Di sinilah pentingnya pemakaian tali pinggang keselamatan. Tujuannya adalah untuk pelanggaran yang ke-2. Dengan pemakaian tali pinggang yang lengkap (lap & shoulder), ini akan dapat membantu bahagian pinggang terikat dengan selamat pada tempat duduk serta tidak membenarkan lutut terlanggar dashboard. Tali pada bahagian bahu pula membantu menghalang dada daripada terhentak pada steering wheel. Selain itu, ia turut menghalang bahagian muka dan kepala daripada terhentak pada steering wheel serta cermin kenderaan.




TAHUKAH ANDA?? ~STATISTIK TENTANG TALI PINGGANG KESELAMATAN~


OK. Berikut merupakan statistik tentang tali pinggang keselamatan: -



1) Penggunaan tali pinggang keselamatan dapat membantu mengurangkan peratusan bagi pemandu dan penumpang hadapan untuk menjadi salah satu mangsa korban sebanyak 45%. Ianya juga dapat mengurangkan kecederaan krikital sebanyak 50%.

2) Satu kajian pada 1995 menunjukkan bahawa hanya 2% pemandu yang memakai tali pinggang keselamatan tercampak keluar dari kenderaan masing-masing apabila kemalangan berlaku. Walaubagaimanapun, bagi pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan, peratusan untuk pemandu tersebut tercampak dari kenderannya adalah sebanyak 25%!!

3) 75% daripada mereka yang tercampak dari kenderaan apabila kemalangan berlaku MENINGGAL DUNIA.

4) Tahukah anda, pelanggaran yang berlaku pada 30 b/j adalah bersamaan dengan JATUH PADA KETINGGIAN 3 TINGKAT.

5) Pada 55b/j, seorang penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan akan melonjak kehadapan dengan force sebanyak 3000 pound!!! Whewww..

6) Orang dewasa yang tidak memakai tali pinggang belakang bukan sahaja menghantar mesej berbahaya kepada anak mereka, malah mereka juga boleh menjadi ‘pembunuh’ tanpa disedari. Sudah menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak mengikut perangai orang dewasa.

7) Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dan anda tidak mengenakan tali pinggang keselamatan, diri anda boleh menjadi PELURU yang akan mengena (menghempap) anak anda atau penumpang lain lalu menyebabkan kecederaan atau kematian.

8) Ramai yang ingat hanya penumpang belakang boleh melonjak dan menghempap penumpang hadapan. Walaubagaimanapun, dalam sesuatu kemalangan yang serius, adalah tidak mustahil bagi penumpang hadapan untuk melonjak ke belakang dan menghempap penumpang belakang….LALU MENYEBABKAN KECEDERAAN ATAU KEMATIAN..