Tuesday, February 24, 2009

Sejarah Tali Pinggang Keselamatan

1800s

Tali Pinggang keselamatan di cipta oleh George Cayley.


1885

Hak rekacipta yang pertama untuk tali pinggang keselamatan di US telah di isukan oleh Edward J Claghorn dari New York pada 10 Februari 1885. US Patent 312085.


1900

Di gunakan pertama kali di dalam kapal terbang oleh Adolphe Pegoud; antara manusia pertama yang menerbangkan pesawat upside-down.


1920s

Doktor-doktor di Amerika menyokong penggunaan tali pinggang keselamatan di dalam kereta. Sebahagian daripada mereka turut memasang tali pinggang keselamatan di dalam kereta mereka. Walaubagaimanapun, usaha ini tidak mendapat sambutan di kalangan penduduk Amerika.


1930s

Di gunakan secara meluas di dalam kapal terbang.

Jurutera Hugh De Haven mencipta inertia reel dan mereka konsep ‘memakai’ kereta dan ‘membungkus’ penumpang.

1940s

Tali pinggang keselamatan telah diuji oleh Col John P. Stapp, dengan menggunakan rocket sled serta diri beliau sebaga bahan ujikaji. Melalui ujikaji ini, beliau mendapati kebanyakan mereka yang cedera atau terkorban di dalam kejadian kapal terbang terhempas tidak mati ketika kapal terbang tersebut menghempas ke tanah. Sebaliknya, mereka terkorban akibat pelanggaran yang berlaku di dalam kapal terbang.

1950s

Edward J. Hock telah mencipta tali pinggang keselamatan yang pertama digunakan oleh Ford Motor Company sebagai peralatan yang standard. Idea tersebut diterima oleh pihak penguasa tentera laut dan Hock telah di bayar $20.50 untuk penciptaan ini.

Pencipta Swedish, Nils Bohlin telah mencipta 3-point seatbelt untul Volvo; yang telah menggunakannya pada 1959 sebagai peralatan standard. Bohlin telah diberikan US Paten 3043625 untuk penciptaannya itu.

1951

Tali pinggang keselamatan 3-point juga dikenali CIR-Griswold restraint telah di patenkan oleh Roger W. Griswold Hugh De Haven.

1955

Ford menawarkan lap belt sebagai satu pilihan.

1956

Atas desakan eksekutif Robert McNamara, tali pinggang keselamatan telah ditawarkan untuk pengguna kenderaan Volvo di bawah pakej keselamatan Lifeguard.

1958

Saab menjadi pengeluar kereta pertama yang memperkenalkan tali pinggang keselamatan sebagai standard. Kemudiannya, memasang tali pinggang keselamatan menjadi suatu perkara biasa.

1964

Kebanyakan kenderaan di U.S. dijual dengan tali pinggang keselamatan bagi pemandu dan penumpang hadapan.

1968

Kenderaan di US dijual dengan tali pinggang keselamatan bagi penumpang belakang..

1970

Negeri Victoria, Australia melaksanakan undang-undang pertama seluruh dunia bagi mewajibkan pemakaian tali pinggang keselamatan bagi pemandu dan penumpang hadapan.

MITOS TENTANG PENGGUNAAN TALI PINGGANG KESELAMATAN


Saya tidak mahu terperangkap dalam tali pinggang keledar. Lebih baik tercampak keluar dari kenderaan ketika berlaku perlanggaran (kemalangan)...
Kejadian tercampak keluar adalah 25 kali lebih bahaya, 25 kali boleh menyebabkan maut. Jika anda memakai tali pinggang keledar, anda akan lebih mudah untuk sedarkan diri daripada pengsan selepas berlaku perlanggaran – untuk membebaskan diri sendiri dan juga penumpang. Tali pinggang keledar boleh menyelamatkan anda dari tercampak melalui cermin depan kereta, atau melalui pintu atau dilanggar oleh kereta sendiri. Dalam kebanyakan perlanggaran, anda disaran untuk terus duduk di dalam kenderaan dengan memakai tali pinggang keledar.

Jika saya memakai tali pinggang keledar, saya mungkin terperangkap dalam kenderaan yang terbakar atau terjunam ke dalam laut….
Kurang daripada satu setengah peratus bahawa kesemua kecederaan berkaitrapat dengan perlanggaran yang melibatkan kebakaran atau terjunam ke dasar laut atau terusan. Tetapi jika berlaku kebakaran atau akibat terjunam, penggunaan tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika anda terlibat dalam perlanggaran tanpa memakai tali pinggang keledar, anda mungkin pengsan sebab terhantuk. Jadi peluang untuk anda keluar dari kebakaran atau kereta yang tenggelam akan menjadi tipis. Jadi lebih baik anda memakai tali pinggang pada setiap masa di dalam kenderaan. Dengan pemakaian tali pinggang keledar, anda tidak akan terluka, sentiasa berwaspada dan mampu mengelakkan diri dengan cepat.

Saya tidak perlukan tali pinggang keledar. Dalam kes perlanggaran, saya boleh memegang diri dengan tangan saya…
Pada 50 kpj, daya akibat hentaman ke atas anda dan penumpang adalah tinggi. Tiada jalan untuk tangan atau kaki yang boleh dipegang untuk jenis daya / tekanan akibat daripada perlanggaran. Ketika anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut. Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.

Sesetengah orang percaya bahawa ia adalah masalah pilihan peribadi untuk memakai tali pinggang ataupun tidak. Bagaimana anda meyakinkan mereka sebaliknya?...
Pemakaian tali pinggang keledar telah dinyatakan dalam undang-undang jalan raya. Keengganan pemandu untuk memakai tali pinggang boleh membahayakan nyawa orang lain malah diri sendiri. Dalam kejadian perlanggaran ini, pemandu boleh tertendang penumpang, tertendang cermin kereta depan, atau terkeluar daripada kenderaan. Kematian anda memberi kesan kepada majikan untuk mencari pengganti anda dan perlu untuk melatih mereka pula. Jika anda memakai tali pinggang, kamu mempunyai peluang untuk mengawal kenderaan dan mengelak daripada berlaku perlanggaran kali kedua yang melibatkan pejalan kaki atau kenderaan lain.

Pemandu yang baik dan cermat tidak perlu memakai tali pinggang keledar…
Pemandu yang baik tidak akan meletakkan risikonya ke atas orang lain. Walaupun anda boleh mengawal pemanduan anda, tetapi anda tidak boleh mengawal persekitaran pemanduan sekeliling anda. Kerana itu, semua orang perlu melindungi diri sendiri daripada pemandu yang tidak berpengalaman atau bertanggungjawab.

Bagaimana berkesannya penggunaan tali pinggang keledar?
Ramai orang menerima kenyataan bahawa pemakaian tali pinggang keledar memberi perlindungan di dalam perlanggaran, tetapi terdapat beberapa keraguan untuk mencari secara tepat berapa banyak perlindungan yang mereka boleh jangkakan. Jika mereka bertanya, barangkali mereka agak terkejut oleh jawapan yang diberi. Peneliti atau penyelidik telah membuat kajian bahawa 50% penggunaan tali pinggan keledar mampu mengurangkan bilangan kecederaan serius. Tali pinggang keledar juga dapat mengurangkan 30-40% kematian. Dengan perkataan lain, tidak memakai tali pinggang keledar adalah dua kali ganda peluang untuk berlakunya kecederaan yang serius akibat daripada perlanggaran. Malah, di USA, perlanggaran kenderaan adalah penyebab nombor satu penyakit epilepsy (akibat daripada kecederaan di kepala) dan paraplegia.

Anda harus memakai tali pinggang keledar sama ada anda memandu pada 10kpj atau 110 kpj. Tali pinggang akan mengelak kepala atau muka pemakai daripada terhantuk benda seperti cermin depan kereta atau dashboard. Tali pinggang menghindarkan penumpang daripada terhempas antara satu sama lain. Tali pinggang juga membantu pemandu untuk mengekalkan kawalan kenderaan, seterusnya mengurangkan kemungkinan perlanggaran tambahan. Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat. Walaubagaimanapun penggunaan tali pinggan keledar boleh menurunkan peluang kematian atau kecederaan serius sebanyak 40%.

Ini KL... Bkn LONDON!!! tak perlu pakai TALI PINGGANG!!

Pakai Tali Pinggang Beb!!!

antu pun pakai tali pinggang....



44% Guna Tali Pinggang Belakang Selepas Dikuatkuasa.




KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, 44 peratus rakyat negara ini hanya akan menggunakan tali pinggang kaledar tempat duduk belakang apabila peraturan mewajibkan pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009.

Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh berkata, walaupun terdapat peningkatan dari segi kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemakaiannya, sebahagian besar rakyat masih enggan menggunakannya.

''Ramai yang sudah faham mengenai kepentingan memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang tetapi 44 peratus ini hanya akan memakainya apabila ia sudah diwajibkan. Sehubungan itu JKJR akan meningkatkan kempen kesedaran mengenainya dan membantu rakyat untuk memahami kepentingan keselamatan diri ketika di jalan raya,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pemberian pelekat Jom Klik dan pelekat pemantul cahaya kepada pemandu bas dan kereta di Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.









Berhati-hati……..




Majlis tersebut diadakan bersempena dengan kempen keselamatan jalan raya dengan slogan ''Tiada Hari Tanpa Advokasi'' bertujuan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika memandu.

Pada majlis itu, kira-kira 100 pelekat pantul cahaya dilekatkan pada bas manakala 500 lagi untuk kereta sebagai langkah membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan di jalan raya.

Suret berkata, orang ramai seharusnya sedar bahawa penggunaan tali pinggang belakang bertujuan menyelamatkan penumpang di tempat duduk belakang apabila berlaku kemalangan.

''Orang ramai seharusnya menggunakan tali pinggang keledar tempat duduk belakang sebagai langkah keselamatan ketika menaiki kenderaan dan bukan hanya untuk mengelakkan diri daripada tindakan penguatkuasaan,'' jelasnya.

Beliau menjelaskan, persepsi masyarakat terhadap penggunaannya harus diubah dalam usaha membiasakan diri mereka menggunakannya pada masa akan datang.









10 Maut Nahas Buruk Hari Kedua Tali Pinggang Belakang Dikuatkuasa .................








ORANG ramai bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam melihat keadaan kereta Produa Kenari yang rosak teruk selepas terlibat dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan dan mengorbankan 10 orang daripada dua keluarga di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Hentian Rehat dan Rawat hari ini. -fotoBERNAMA


Pengguna tak guna tali pinggang..........Inilah pADAhNyA.....


KUANTAN 30 Jan. - Kepekaan pengguna jalan raya berhubung kepentingan memakai tali pinggang keledar belakang masih kurang memuaskan apabila sebanyak 6,069 kes berkaitan dikesan bulan ini.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan berkata, ia membuktikan pengguna tidak menghiraukan keperluan memakai tali pinggang keledar belakang atau kurang mempercayai keberkesanannya.

"Bagaimanapun kita yakin orang ramai akan mengambil berat peraturan tersebut selepas Jun ini apabila mereka yang melanggar peraturan akan dihadapkan ke mahkamah berbanding kompaun maksimum RM300 ketika ini,'' katanya pada sidang akhbar sempena Ops Sikap ke-19 Tahun Baru Cina di sini hari ini.

Salim berkata, kajian mendapati sebanyak 300 kes kematian membabitkan kemalangan jalan raya pada setiap tahun berpunca daripada tindakan penumpang tidak menggunakan tali pinggang keledar belakang.


Pemasangan Percuma Tali Pinggang Keledar Kereta Honda Mulai 1 Okt...


SEPANG, 25 Ogos (Bernama) -- Pemilik kereta model Honda City yang tidak dilengkapi tali pinggang keledar penumpang belakang boleh mendapatkan pemasangan alat itu secara percuma mulai 1 Okt ini.Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd, Atsushi Fujimoto pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Honda Malaysia Sdn Bhd di sini hari ini.Katanya ia akan membabitkan 25,480 pemilik model Honda City yang dikeluarkan pada tahun 2003 hingga 2005.Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh berkata pemasangan percuma tali pinggang keledar penumpang belakang bagi kereta Proton dan Perodua akan bermula 1 Jan tahun depan seperti dimaklumkan sebelum ini.Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dalam teks ucapan beliau pada majlis itu yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Zakaria Bahari berkata penggunaan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang diyakini mampu mengurangkan 50 peratus kadar kematian penumpang akibat kemalangan jalan raya.Ong berkata mengikut perangkaan pada tahun 2007 itu, 175 nyawa terkorban, 350 penumpang cedera parah manakala 1,050 lagi mengalami kecederaan ringan akibat tidak memakai tali pinggang keledar."Kerajaan pada masa ini sedang dalam tempoh melaksanakan kempen advokasi pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang selama enam bulan bermula 1 Jun lepas hingga 31 Disember tahun ini."Mulai 1 Januari tahun depan, pemakaian tali pinggang keledar belakang akan diwajibkan," katanya.-- BERNAMA

Berita Semasa

Berkuatkuasa 1 Januari Penumpang Belakang Wajib Pakai Tali Pinggang Kaledar

BUKIT KATIL, 10 Dis- Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang kaledar tempat duduk belakang akan dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan, kecuali lima jenis kenderaan.

Lima jenis kenderaan tersebut ialah; Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995; Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 2005 tetapi tidak dilengkapi dengan 'anchorage points'.

Kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa juga dikecualikan. Kenderaan penumpang yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu.

Selain itu, kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan turut dikecualikan.

Bagi kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai 'anchorage points', tetapi tidak dipasang tali pinggang kaledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun bermula 1 Januari 2009 untuk memasang tali pinggang kaledar tempat duduk belakang.

Kerajaan telah mendapat kerjasama dari pihak industri dan beberapa pembuat untuk memasang tali pinggang kaledar tempat duduk belakang secara percuma bagi kenderaan yang belum dipasang tali pinggang kaledar tempat duduk belakang.

Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang kaledar tersebut, pemandu kenderaan bertanggungjawab untuk memastikan semua tali pinggang tersebut digunakan sepenuhnya.

Jika gagal tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu berkenaan. Syarikat Pengeluar kereta nasional, Proton akan mula membekal dan memasang tali kaledar belakang bermula 1 Disember 2008 dan dijangka mengambil tempoh 13 bulan bagi kenderaan keluaran Proton.

Manakala Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) akan mula membekal dan memasang tali pinggang keledar belakang bermula 15 Disember 2008 dan dijangka mengambil tempoh 2 1/2 tahun hingga 3 tahun bagi kenderaan keluaran Perodua.

Syarikat pengeluar kenderaan terkemuka Jepun, Honda telah mula membekal dan memasang tali pinggang kaledar belakang bermula 15 Oktober 2008 dan dijangka mengambil tempoh sehingga Mac 2009 bagi kenderaan keluarannya.

Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Kaledar) 1978 sedia ada berkenaan pemakaian tali pinggang kaledar tempat duduk hadapan adalah masih terpakai ke atas semua jenis kenderaan.

Monday, February 23, 2009


Data Kemalangan Jalan Raya bagi Tempoh 10 Tahun


Jenis-Jenis Kenderaan Yang Kerap Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

(1990-2007)



Perbandingan Jumlah Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan Bagi Bulan

Jun-Julai 2008



Perangkaan Kematian Jalan Raya Bagi Bulan Jun-Julai 2008


Laporan Kematian Bulan September 2008 Pecahan Kematian Mengikut Pengguna Jalan Raya


Perbandingan Jumlah Kematian Pemandu dan Penumpang Motokar Antara Negeri bagi Tahun 2007 dan 2008 (Julai)