Saya tidak mahu terperangkap dalam tali pinggang keledar. Lebih baik tercampak keluar dari kenderaan ketika berlaku perlanggaran (kemalangan)...
Kejadian tercampak keluar adalah 25 kali lebih bahaya, 25 kali boleh menyebabkan maut. Jika anda memakai tali pinggang keledar, anda akan lebih mudah untuk sedarkan diri daripada pengsan selepas berlaku perlanggaran – untuk membebaskan diri sendiri dan juga penumpang. Tali pinggang keledar boleh menyelamatkan anda dari tercampak melalui cermin depan kereta, atau melalui pintu atau dilanggar oleh kereta sendiri. Dalam kebanyakan perlanggaran, anda disaran untuk terus duduk di dalam kenderaan dengan memakai tali pinggang keledar.
Jika saya memakai tali pinggang keledar, saya mungkin terperangkap dalam kenderaan yang terbakar atau terjunam ke dalam laut….
Kurang daripada satu setengah peratus bahawa kesemua kecederaan berkaitrapat dengan perlanggaran yang melibatkan kebakaran atau terjunam ke dasar laut atau terusan. Tetapi jika berlaku kebakaran atau akibat terjunam, penggunaan tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda. Jika anda terlibat dalam perlanggaran tanpa memakai tali pinggang keledar, anda mungkin pengsan sebab terhantuk. Jadi peluang untuk anda keluar dari kebakaran atau kereta yang tenggelam akan menjadi tipis. Jadi lebih baik anda memakai tali pinggang pada setiap masa di dalam kenderaan. Dengan pemakaian tali pinggang keledar, anda tidak akan terluka, sentiasa berwaspada dan mampu mengelakkan diri dengan cepat.
Saya tidak perlukan tali pinggang keledar. Dalam kes perlanggaran, saya boleh memegang diri dengan tangan saya…
Pada 50 kpj, daya akibat hentaman ke atas anda dan penumpang adalah tinggi. Tiada jalan untuk tangan atau kaki yang boleh dipegang untuk jenis daya / tekanan akibat daripada perlanggaran. Ketika anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut. Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.
Sesetengah orang percaya bahawa ia adalah masalah pilihan peribadi untuk memakai tali pinggang ataupun tidak. Bagaimana anda meyakinkan mereka sebaliknya?...
Pemakaian tali pinggang keledar telah dinyatakan dalam undang-undang jalan raya. Keengganan pemandu untuk memakai tali pinggang boleh membahayakan nyawa orang lain malah diri sendiri. Dalam kejadian perlanggaran ini, pemandu boleh tertendang penumpang, tertendang cermin kereta depan, atau terkeluar daripada kenderaan. Kematian anda memberi kesan kepada majikan untuk mencari pengganti anda dan perlu untuk melatih mereka pula. Jika anda memakai tali pinggang, kamu mempunyai peluang untuk mengawal kenderaan dan mengelak daripada berlaku perlanggaran kali kedua yang melibatkan pejalan kaki atau kenderaan lain.
Pemandu yang baik dan cermat tidak perlu memakai tali pinggang keledar…
Pemandu yang baik tidak akan meletakkan risikonya ke atas orang lain. Walaupun anda boleh mengawal pemanduan anda, tetapi anda tidak boleh mengawal persekitaran pemanduan sekeliling anda. Kerana itu, semua orang perlu melindungi diri sendiri daripada pemandu yang tidak berpengalaman atau bertanggungjawab.
Bagaimana berkesannya penggunaan tali pinggang keledar?
Ramai orang menerima kenyataan bahawa pemakaian tali pinggang keledar memberi perlindungan di dalam perlanggaran, tetapi terdapat beberapa keraguan untuk mencari secara tepat berapa banyak perlindungan yang mereka boleh jangkakan. Jika mereka bertanya, barangkali mereka agak terkejut oleh jawapan yang diberi. Peneliti atau penyelidik telah membuat kajian bahawa 50% penggunaan tali pinggan keledar mampu mengurangkan bilangan kecederaan serius. Tali pinggang keledar juga dapat mengurangkan 30-40% kematian. Dengan perkataan lain, tidak memakai tali pinggang keledar adalah dua kali ganda peluang untuk berlakunya kecederaan yang serius akibat daripada perlanggaran. Malah, di USA, perlanggaran kenderaan adalah penyebab nombor satu penyakit epilepsy (akibat daripada kecederaan di kepala) dan paraplegia.
Anda harus memakai tali pinggang keledar sama ada anda memandu pada 10kpj atau 110 kpj. Tali pinggang akan mengelak kepala atau muka pemakai daripada terhantuk benda seperti cermin depan kereta atau dashboard. Tali pinggang menghindarkan penumpang daripada terhempas antara satu sama lain. Tali pinggang juga membantu pemandu untuk mengekalkan kawalan kenderaan, seterusnya mengurangkan kemungkinan perlanggaran tambahan. Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat. Walaubagaimanapun penggunaan tali pinggan keledar boleh menurunkan peluang kematian atau kecederaan serius sebanyak 40%.
No comments:
Post a Comment