Sebelum saya menulis, ingin saya bertanya... adakah anda, dikalangan masyarakat Malaysia akan memakai tali pinggang kaledar tidak kira ditempat duduk depan atau belakang, apabila menaiki kenderaan..??
Boleh dikatakan hampir 50% rakyat Malaysia tidak suka memakai tali pinggang kaledar.. atas alasan, rimas, ataupun.. mereka mengambil remeh perkara ini dengan mengatakan tiada apa yang berlaku sekiranya tidak memakai tali pinggang..
Ada juga diantara mereka tidak bersetuju dengan pemakaian tali pinggang kaledar ini kerana mereka beranggapan "malang tidak berbau".. jadi mengapa mereka perlu mengikut peraturan...
Pada pendapat saya.. memang betul malang tidak berbau.. tapi kita boleh mengelak kemalangan... dengan mematuhi peraturan jalan raya.. terutamanya dalam pemakaian tali pinggang kaledar..
Oleh itu.. marilah kita renungkan serta ikutlah peraturan supaya kita dapat menyelamatkan nyawa kita serta nyawa-nyawa insan tersayang..ingatlah ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!
No comments:
Post a Comment