Monday, February 23, 2009

SARANAN KERAJAAN


Timbalan Menteri Pengangkutan [Datuk Seri Panglima Lajim Ukin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Langkah-langkah integrasi yang diambil oleh kerajaan telah berjaya menurunkan bilangan kemalangan dan kecederaan, injury accident dengan izin, walaupun bilangan kenderaan baru daftar meningkat sehingga lebih satu juta kenderaan setiap tahun dalam tempoh tiga tahun yang lepas.

Bilangan kemalangan yang melibatkan kecederaan iaitu kemalangan maut, kemalangan parah dan kemalangan ringan telah menurun daripada 46,269 kes pada tahun 2004 kepada 27,035 kes pada tahun 2007. Iaitu penurunan sebanyak 19,234 kes berbanding 41% dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang didapati berkesan untuk berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya melibatkan tiga pendekatan iaitu pendidikan, penguatkuasaan dan kejuruteraan.

Dari segi pendidikan, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya. Di sekolah-sekolah bermula dengan murid tahun satu pada tahun ini dan bakal berkembang sehingga tingkatan empat menjelang tahun 2011.

Selain itu Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta sedang giat mengadakan kempen “evokasi” bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan memupuk daya pemanduan berhemah. Sasaran Program “Evokasi” ini ialah supaya pengguna-pengguna mengamalkan sikap kawalan kehendak diri dengan mengutamakan pemakaian topi keledar, tali pinggang kaledar, dan lapan petua keselamatan jalan raya.Kempen media adalah satu lagi komponen penting di bawah program pendidikan di bawah program ini. Kementerian Pengangkutan telah memperhebatkan kempen keselamatan jalan raya dengan memperbanyakkan siaran iklan-iklan keselamatan jalan raya di radio-radio, televisyen dan juga akhbar-akhbar.

Penguatkuasaan - Dari segi program penguatkuasaan, pihak PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan operasi bersepadu sepanjang tahun dengan mengenakan kompaun maksimum sebanyak RM300 bagi kesalahan trafik yang serius serta ops khas terhadap penunggang-penunggang motosikal dan pemandu bas ekspres.

Pemeriksaan khas oleh JPJ dan juga PDRM di stesen-stesen bas utama di seluruh negara yang dimulakan pada Ogos tahun 2007 masih diteruskan sehingga sekarang bertujuan bagi memastikan pemandu dan bas ekspres sentiasa berkeadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Di samping itu, operasi khas musim perayaan Ops Sikap yang dilaksanakan oleh PDRM dan juga JPJ didapati berjaya mengurangkan bilangan kematian daripada 24 kematian sehari, sebelum Ops Sikap ialah satu pada 17 kematian sehari pada hari biasa.

Pada purata 15 kematian sehari semasa Ops Sikap. Walau bagaimanapun, bilangan kenderaan yang berada di jalan raya biasanya meningkat sehingga dua kali ganda pada waktu puncak atau masa musim perayaan.

No comments:

Post a Comment