Tuesday, February 24, 2009

TAHUKAH ANDA

Tahukah Anda??

1. Di dalam satu-satu kemalangan jalan raya, kebarangkalian untuk seseorang yang tidak memakai tali pinggang itu terkorban adalah lebih tinggi daripada mereka yang memakai tali pinggang.


2. Ramai yang tidak memandang berat tentang pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang, tapi tahukah anda antara punca utama kematian penumpang hadapan walaupun mereka ini memakai tali pinggang keselamatan adalah disebabkan oleh sikap tidak ambil peduli ini. Tak adil bukan. Penumpang di hadapan telah mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya namun dek kerana kesombongan penumpang belakang, nyawa mereka turut terkorban.


3. Masih tak dapat point di sini? Ok, baca fakta ini. Dalam kemalangan, semasa pelanggaran berlaku, berat badan kita tidak akan sama dengan berat badan asal kerana kita terlibat dengan G force yang agak tinggi. Berat badan kita dianggarkan 40 kali ganda lebih berat berbanding normal. Katakanlah seseorang itu mempunyai berat badan sebanyak 40kg, maka beratnya akan menjadi 1600kg semasa impak. WOW!!!! Jadi, ini dah menerangkan kenapa penumpang di hadapan juga berisiko untuk meninggal. Ini kerana impak dari penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan ini amatlah teruk.


4. Satu lagi gambaran tentang ketidakpekaan terhadap pemakaian tali pinggang keselamatan adalah dengan mengibaratkan diri kita seperti barang yang mudah pecah dan tidak di balut dengan elok/kemas yang kemudiannya di hantar ke satu-satu tempat melalui container…(De Haven, 1952) . Apa yang berlaku pada barang tersebut? Sudah tentu pecah berderai. Itu barang. Kalau manusia, tak tahulah nak bayangkan macam mana. Ngeri bukan. Bak kata Nabil, LU PIKIRLAA SENDIRI!!!

No comments:

Post a Comment