Tuesday, February 24, 2009

TAHUKAH ANDA?? ~STATISTIK TENTANG TALI PINGGANG KESELAMATAN~


OK. Berikut merupakan statistik tentang tali pinggang keselamatan: -



1) Penggunaan tali pinggang keselamatan dapat membantu mengurangkan peratusan bagi pemandu dan penumpang hadapan untuk menjadi salah satu mangsa korban sebanyak 45%. Ianya juga dapat mengurangkan kecederaan krikital sebanyak 50%.

2) Satu kajian pada 1995 menunjukkan bahawa hanya 2% pemandu yang memakai tali pinggang keselamatan tercampak keluar dari kenderaan masing-masing apabila kemalangan berlaku. Walaubagaimanapun, bagi pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan, peratusan untuk pemandu tersebut tercampak dari kenderannya adalah sebanyak 25%!!

3) 75% daripada mereka yang tercampak dari kenderaan apabila kemalangan berlaku MENINGGAL DUNIA.

4) Tahukah anda, pelanggaran yang berlaku pada 30 b/j adalah bersamaan dengan JATUH PADA KETINGGIAN 3 TINGKAT.

5) Pada 55b/j, seorang penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan akan melonjak kehadapan dengan force sebanyak 3000 pound!!! Whewww..

6) Orang dewasa yang tidak memakai tali pinggang belakang bukan sahaja menghantar mesej berbahaya kepada anak mereka, malah mereka juga boleh menjadi ‘pembunuh’ tanpa disedari. Sudah menjadi kebiasaan untuk kanak-kanak mengikut perangai orang dewasa.

7) Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dan anda tidak mengenakan tali pinggang keselamatan, diri anda boleh menjadi PELURU yang akan mengena (menghempap) anak anda atau penumpang lain lalu menyebabkan kecederaan atau kematian.

8) Ramai yang ingat hanya penumpang belakang boleh melonjak dan menghempap penumpang hadapan. Walaubagaimanapun, dalam sesuatu kemalangan yang serius, adalah tidak mustahil bagi penumpang hadapan untuk melonjak ke belakang dan menghempap penumpang belakang….LALU MENYEBABKAN KECEDERAAN ATAU KEMATIAN..

No comments:

Post a Comment