Tuesday, February 24, 2009

TEORI KEMALANGAN

Rasa-rasanya ramai yang tak tahu apa yang sebenarnya terjadi apabila kemalangan berlaku. Jadi di sini nak ceritakan sedikitlah teori tentang kemalangan. Kita belajar Fizik sat naaa.....

Dalam setiap kemalangan jalan raya, akan berlaku 2 jenis pelanggaran..

1) Yang pertama berlaku apabila sesebuah kenderaan itu bertembung dengan satu objek solid. Dinding ke, kereta lain ke. Apa-apa jek objek solid. Semasa pertembungan berlaku, penumpang kenderaan masih lagi bergerak pada kelajuan asal.

2) Apabila kenderaan berhenti secara tiba-tiba. Ha, masa nilah yang kritikalnya. Jika seseorang itu tidak memakai tali pinggang keselamatan, dia akan terhantuk pada
steering wheel, dashboard, kerusi, cermin atau mana-mana bahagian dalaman kenderaan. Ooopss..lupa plak, dia juga mungkin akan tercampak keluar dari kenderaan. Senang cerita, bila kenderaan tu berhenti, penumpang tidak akan berhenti bergerak...Boleh faham kan. Teori inertia.

Di sinilah pentingnya pemakaian tali pinggang keselamatan. Tujuannya adalah untuk pelanggaran yang ke-2. Dengan pemakaian tali pinggang yang lengkap (lap & shoulder), ini akan dapat membantu bahagian pinggang terikat dengan selamat pada tempat duduk serta tidak membenarkan lutut terlanggar dashboard. Tali pada bahagian bahu pula membantu menghalang dada daripada terhentak pada steering wheel. Selain itu, ia turut menghalang bahagian muka dan kepala daripada terhentak pada steering wheel serta cermin kenderaan.




No comments:

Post a Comment